Thursday 18 August 2011

Sifat Pemurah Rasulullah S.A.W. Terutamanya Di Ramadan

 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَة

Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah s.a.w. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan . (al-Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)

Permulaan turunnya al-Qur`an adalah di bulan Ramadan. Jibril a.s. datang menemui baginda untuk dibacakan kepadanya al-Qur`an. Apabila tahun yang baginda wafat, Jibril datang sebanyak 2 kali.

Rasulullah s.a.w. secara mutlak adalah orang yang paling pemurah kerana sifat pemurahnya itu adalah tabi’inya dan sifat baginda secara shara’ yang didorong oleh iman dan ilmu. Secara tabi’i kerana sememangnya bangsa Quraysh adalah bangsa yang pemurah.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ وَلَقَدْ فَزِعَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَقَهُمْ عَلَى فَرَسٍ وَقَالَ وَجَدْنَاهُ بَحْرًا

Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling cantik, paling berani dan paling  pemurah. (al-Bukhari, no: 6033,  Muslim, no: 2307)

Dalam bahasa Arab terdapat beberapa lafaz yang menunjukkan kepada ma’na pemurah. Antaranya jud dan sakhawah. Di sini sahabat menyebutkan perkataan jud yang mempunyai ma’na yang tersendiri.

Ibn al-Mulaqqin mengatakan, jud ialah banyak memberi.[1] Al-‘Ayni dan Al-Kirmani mentafsirkannya sebagai memberikan apa yang sepatutnya diberikan kepada orang yang patut menerimanya.[2] Ma’nanya baginda seorang yang paling pemurah kerana jiwa baginda adalah jiwa yang paling mulia, mizajnya yang paling seimbang maka tidak dapat tidak perbuatan baginda juga adalah perbuatan yang paling elok.
Sementara al-Tanhwi menyatakannya sebagai memberi apa yang sepatutnya diberikan tanpa menerima apa-apa balasan.[3]

Difahami daripada ta’rif-ta’rif di atas, jud bermaksud memberi dengan seikhlasnya tanpa mempunyai apa-apa tujuan. Melihatkan kepada sifat baginda yang tidak memiliki harta yang banyak, perkataan jud tidak semestinya disifat kepada orang yang banyak harta tetapi merangkumi juga orang yang tidak berharta tetapi sanggup memberi kepada orang lain iaitu sifat mengutamakan untuk orang lain seperti yang diwahyukan dalam al-Qur`an:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Beberapa contoh kedermawanan baginda

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَالٍ مِنْ الْبَحْرَيْنِ فَقَالَ انْثُرُوهُ فِي الْمَسْجِدِ وَكَانَ أَكْثَرَ مَالٍ أُتِيَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَلْتَفِتْ إِلَيْهِ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ جَاءَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ فَمَا كَانَ يَرَى أَحَدًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِذْ جَاءَهُ الْعَبَّاسُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْطِنِي فَإِنِّي فَادَيْتُ نَفْسِي وَفَادَيْتُ عَقِيلًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ فَحَثَا فِي ثَوْبِهِ ثُمَّ ذَهَبَ يُقِلُّهُ فَلَمْ يَسْتَطِعْ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اؤْمُرْ بَعْضَهُمْ يَرْفَعْهُ إِلَيَّ قَالَ لَا قَالَ فَارْفَعْهُ أَنْتَ عَلَيَّ قَالَ لَا فَنَثَرَ مِنْهُ ثُمَّ ذَهَبَ يُقِلُّهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اؤْمُرْ بَعْضَهُمْ يَرْفَعْهُ عَلَيَّ قَالَ لَا قَالَ فَارْفَعْهُ أَنْتَ عَلَيَّ قَالَ لَا فَنَثَرَ مِنْهُ ثُمَّ احْتَمَلَهُ فَأَلْقَاهُ عَلَى كَاهِلِهِ ثُمَّ انْطَلَقَ فَمَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُتْبِعُهُ بَصَرَهُ حَتَّى خَفِيَ عَلَيْنَا عَجَبًا مِنْ حِرْصِهِ فَمَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَثَمَّ مِنْهَا دِرْهَمٌ

Anas menceritakan bahawa harta dari Bahrain telah sampai kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: “Curahkanlah harta itu di masjid. Itulah harta yang paling banyak yang dibawakan kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w keluar bersembahyang dalam keadaan tidak berpaling kepada harta tersebut. Apabila selesai sembahyang baginda duduk ke arah harta itu. Tidak ada seorang yang dilihatnya melainkan diberikannya. Tiba-tiba ‘Abbas datang kepada baginda seraya berkata, wahai Rasulullah berikanlah kepada saya kerana saya menebus diri saya dan ‘Aqil. Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya, ambillah lalu beliau menuangkan harta itu ke dalam kainnya kemudian beliau mengangkatnya tetapi tidak terdaya. Beliau berkata kepada baginda, wahai Rasulullah suruhlah sesiapa antara sahabat meletakkannya di atas saya. Baginda menjawab, tidak. ‘Abbas berkata, kamulah angkatkannya ke atas saya. Baginda bersabda lagi, tidak. Lalu beliau mencurahkan sebahagian dari harta itu kemudian cuba mengangkatnya. Lalu beliau berkata, wahai Rasulullah suruhlah sesiapa antara sahabat meletakkannya di atas saya Baginda menjawab, tidak. ‘Abbas berkata, kamulah angkatkannya ke atas saya. Baginda bersabda lagi, tidak. Lalu beliau mencurahkan sebahagian dari harta itu kemudian mengangkatnya lalu meletakkannya di atas bahunya kemudian terus beresar. Rasulullah s.a.w. terus mengekorinya dengan matanya sehingga kelibatnya hilang dari kami kerana kehairanan melihat kepada kesungguhannya untuk mendapatkan harta. Rasulullah s.a.w. tidak bangun pergi dalam keadaan di situ masih ada walaupun satu dirham. (al-Bukhari, secara ta’liq no: 421)

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِبُرْدَةٍ مَنْسُوجَةٍ فِيهَا حَاشِيَتُهَا أَتَدْرُونَ مَا الْبُرْدَةُ قَالُوا الشَّمْلَةُ قَالَ نَعَمْ قَالَتْ نَسَجْتُهَا بِيَدِي فَجِئْتُ لِأَكْسُوَكَهَا فَأَخَذَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْتَاجًا إِلَيْهَا فَخَرَجَ إِلَيْنَا وَإِنَّهَا إِزَارُهُ فَحَسَّنَهَا فُلَانٌ فَقَالَ اكْسُنِيهَا مَا أَحْسَنَهَا قَالَ الْقَوْمُ مَا أَحْسَنْتَ لَبِسَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْتَاجًا إِلَيْهَا ثُمَّ سَأَلْتَهُ وَعَلِمْتَ أَنَّهُ لَا يَرُدُّ قَالَ إِنِّي وَاللَّهِ مَا سَأَلْتُهُ لِأَلْبَسَهُ إِنَّمَا سَأَلْتُهُ لِتَكُونَ كَفَنِي قَالَ سَهْلٌ فَكَانَتْ كَفَنَهُ

Daripada Sahl bahawa seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan membawa sehelai selimut dibuat dengan mempunyai dua tepi. Sahl bertanya kepada mereka apakah mereka mengenali Burdah. Mereka menjawab, shamlah (sejenis selimut) dan Sahl mengiakan jawapan mereka. Perempuan itu berkata, saya menenunnya sendiri dan saya membawanya untuk tuan dapat memakainya. Rasulullah s.a.w. mengambilnya dan pada masa itu memang baginda memerlukannya. Baginda keluar menemui kami dengan memakainya dan ia merupakan kain sarungnya. Lalu ada seorang yang memuji kecantikannya lalu berkata, biarkan saya memakainya, alangkah cantiknya. Para sahabat berkata, tidak baik, tidak patut kamu berbuat demikian. Rasulullah s.a.w. memakainya dalam keadaan baginda memerlukannya kemudian kamu pula meminta dari baginda dan kamu sememangnya mengetahui baginda tidak menolak permintaan. Orang itu berkata, demi Allah sesungguhnya saya memintanya bukan untuk memakainya tetapi supaya menjadi kain kafanku. Sahl berkata, itulah kain kafannya. (al-Bukhari, no:  1277)

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ قَالَ أَخْبَرَنِي جُبَيْرُ بْنُ مُطْعِمٍ أَنَّهُ بَيْنَمَا هُوَ يَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ النَّاسُ مَقْفَلَهُ مِنْ حُنَيْنٍ فَعَلِقَهُ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ حَتَّى اضْطَرُّوهُ إِلَى سَمُرَةٍ فَخَطِفَتْ رِدَاءَهُ فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَعْطُونِي رِدَائِي لَوْ كَانَ لِي عَدَدُ هَذِهِ الْعِضَاهِ نَعَمًا لَقَسَمْتُهُ بَيْنَكُمْ ثُمَّ لَا تَجِدُونِي بَخِيلًا وَلَا كَذُوبًا وَلَا جَبَانًا

Daripada Muhammad bin Jubayr bin Mut’im katanya Jubayr bin Mut’im menceritakan kepada saya bahawa ketika mana beliau berjalan bersama Rasulullah s.a.w. dan bersama-sama sahabat yang lain sepulangan dari Hunayn, orang badwi mula meminta-minta dari baginda sehingga mendesak baginda mundur ke pokok lalu selimut baginda tersangkut di pokok tersebut. Rasulullah berhenti seraya bersada: “Berikan kepadaku selimutku. Sekiranya ada pada ku ternakan  sebanyak pokok berduri ini tentu aku akan bahagi-bahagikan antara kamu kemudian barulah kamu dapati aku seorang yang tidak bakhil, tidak penipu dan tidak pengecut. (al-Bukhari, no: 2821)




[1] Al-Tawdih Li Sharh al-Jami’ al-Sahih, jil. 2, hal. 359
[2] Al-‘Ayni, ‘Umdah al-Qari, jil. 1, hal. 132, al-Kirmani, al-Kawakib al-Darari, jil. 1, hal. 50
[3] Al-Tanhwi, Kashshaf Istilahat al-Funun, jil. 1, hal. 196

Wednesday 17 August 2011

Prinsip Aqidah Dalam Hadis


Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai agama yang terakhir mempunyai beberapa prinsip yang menjadi tonggak utama yang menjamin hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama mereka dan dengan semua jenis makhluk di alam ini. Rasulullah s.a.w. yang diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai rasul bertanggungjawab untuk menjelaskan maksud-maksud Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an. Penjelasan Rasulullah s.a.w. dalam bentuk ucapan, tindakan dan pengakuan dikenali sebagai hadis. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tersebut berlegar di atas beberapa paksi yang dikatakan sebagai prinsip atau roh Islam. Hakikat ini dapat diamati dengan melakukan kajian dan renungan yang khusus terhadap hadis-hadis tersebut.

Sesuatu hadis dapat diakui sebagai mengandungi prinsip tertentu apabila inti kandungannya dapat dirujukkan kepada satu makna atau konsep yang terkandung dengan jelas di dalam al-Qur’an. Dengan ini, kehadiran hadis itu dikatakan sebagai penjelasan, pengukuhan dan penegasan terhadap makna al-Qur’an. Dalam istilah ulama Usul Hadis dan Usul Fiqh, konsep ini dikenali sebagai bayan Taqrir.[1] Begitu juga apabila diteliti kepada hadis-hadis lain, tentu membawa tema atau makna yang selaras.

Prinsip utama atau yang merupakan tonggak dan asas kepada hadis-hadis Rasullullah s.a.w. ialah menyeru manusia kepada ajaran tauhid. Maksud tauhid ialah seseorang insan membebaskan dirinya dari sebarang bentuk syirik terhadap Allah dan beriktikad bahawa Allah s.w.t. maha esa tidak mempunyai sebarang sekutu, dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, nama-nama-Nya dan hukum-hukum-Nya.[2] Sementara lawan kepada tauhid ialah syirik iaitu menyamakan mana-mana makhluk dengan Allah dalam mana-mana perkara berikut iaitu dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, nama-nama-Nya dan hukum-hukum-Nya.[3]

Pengakuan Allah sebagai Pencipta, Pentadbir yang Esa dan Dialah sahaja yang berhak disembah merupakan ajaran utama para Rasul. Hakikat ini terkandung di dalam surah al-Anbiya’, ayat 25:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُون

ِ
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada tuhan yang hak melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (al-Anbaiya`: 25)

Ajaran tauhid merupakan roh ajaran Islam dan ianya akan terbukti apabila kita menafikan selain dari Allah sebagai tempat pengabdian kita. Apabila kita memeriksa hadis-hadis Rasulullah s.a.w., prinsip ini amat ditekankan terutamanya hadis-hadis yang bersifat sebagai nasihat yang lengkap dan bersifat universal seperti hadis Jibrail yang datang bertanyakan tentang hakikat Islam, Iman dan Ihsan, hadis rombongan Abdul Qais, hadis Islam diasaskan di atas lima rukun, hadis cabang-cabang Iman, agama itu nasihat dan banyak lagi.

Tauhid itu merupakan hak Allah s..w.t yang wajib disempurnakan oleh hamba dengan menjauhi syirik.

وعن معاذ بن جبل (رضي الله عنه)؛ قال: "كنت رديف النبي  على حمار، فقال لي: "يا معاذ! أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله؟". قلت: الله ورسوله أعلم. قال: "حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً
.

Daripada Muaz bin Jabal katanya: “Saya pernah satu kali membonceng seekor keldai bersama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepada saya: “Wahai Muaz, tahukah apakah hak Allah ke atas hamba-Nya dan haknya ke atas Allah?” Saya menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Hak Allah ke atas para hamba-Nya ialah hendak dia beribadat kepada-Nya dan jangan mensyirikkan-Nya.”

Tauhid juga merupakan asas pendidikan anak-anak. Di dalam surah Luqman, ayat 13, Luqman telah mengajarkan kepada anaknya beberapa ajaran Allah s.w.t. Perkara pertama yang diajarkan ialah mentauhidkan Allah dengan menjauhkan syirik.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu beliau memberi pelajaran kepada anaknya: “ Hai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

Hal yang sama ditekankan oleh hadis  Rasulullah mengajarkan Ibn Abbas:

عن أبي العباس عبد الله بن عباس - رضي الله عنهما – قال: كنت خلفَ النبي صلى الله عليه وسلم يوماً فقال : (يا غلامُ إني أُعَلِّمُك كلمات: احفظِ الله يحفظك، احفظِ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفّت الصحف
)

Daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari saya berada di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimah, jagalah Allah pasti Allah akan menjagamu. Jagalah Allah kamu akan dapatinya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu memohon pertolongan, maka pohonlah daripada Allah. Ketahuilah jika semua umat berkumpul untuk memberi manafaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan mampu melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah untukmu. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu benda maka mereka tidak mampu bertindak demikian kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah ke atasmu. Sesungguhnya pena sudah diangkat dan lembaran telah kering.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam al-Jami`, Ahmad di dalam Musnad dan al-Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir)

Ada beberapa prinsip tauhid dan keimanan di dalam hadis ini.

Pertama, jagalah Allah bermaksud, menjaga hak-hak-Nya, perintah dan larangan-Nya, sempadan dan batas Islam. Hak dan kewajipan yang paling utama terhadap Allah ialah tauhid dan menjaga aqidah. Allah akan menjagamu bermaksud, faedah dan manfaat yang diperolehi oleh seorang muslim apabila dia menjaga hak-hak Allah, iaitu ia akan terselamat dari neraka dan memperolehi syurga. Jagaan Allah terhadap hamba-Nya juga membawa maksud manfaat dan kebaikan dalam kehidupannya seperti sihat tubuh badan dan keselamatan nyawa dan jiwa.

Kedua, Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan mengawasi hamba-hamba-Nya. Segala gerak-geri dan tidak tanduknya di dalam pengetahuan Allah dan ilmu Allah adalah maha sempurna. Hal ini juga ditekankan oleh makna hadis Jibril iaitu:

أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
.

“Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah kamu melihatnya. Jika kamu tidak merasai keadaan ini maka hendak kamu yakin Allah melihat kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Ketiga, memohon pertolongan hanya kepada Allah. Makna ini selaras dengan ayat 5, surah al-Fatihah. Hanya kepada Allah tempat bermohon kerana meminta pertolongan itu mempunyai makna ketundukan, kehinaan dan berhajat dan inilah erti yang terkandung dalam makna ibadat. Menurut al-Qurtubi, ibadat asalnya bermaksud kehinaan dan ketundukan.[4]

Keempat, hanya Allah memudaratkan dan memberi manfaat. Walaupun jika semua makhluk berpakat menentang Allah itu tidak akan menjejaskan kekuasaan-Nya. Allah maha berkuasa.

Kelima, segala yang berlaku kepada seseorang sama ada memberi manafaat kepadanya atau sebaliknya, itu merupakan ketentuan Allah. Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.
Tauhid dan keimanan kepada Allah tidak akan sempurna jika seorang muslim itu tidak mempercayai taqdir Allah yang merupakan rahsia ilmu Allah.

Keenam, hadis ini memberi penekanan iaitu wajib mengajarkan aqidah yang sahih kepada umat agar mereka dapat mengetahui dan mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Penekanan sewajarnya diberikan pada peringkat kanak-kanak remaja lagi. Kesungguhan Rasulullah s.w.t. mendidik umatnya supaya mengambil berat persoalan tauhid. Hakikat ini sejajar dengan pengutusan Rasulullah s.a.w. yang memiliki sifat penyayang dan prihatin. Allah s.w.t. berfirman:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kamu, Sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al-Tawbah: 128)
Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Mustadrak (no. 2136):

عن بن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى الجنة إلا قد أمرتكم به ولا عمل يقرب إلى النار إلا قد نهيتكم عنه

“Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak satu amalan yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya.”
Untuk mengajarkan Islam kepada tempat-tempat yang tertentu, Rasulullah s.a.w. menghantar sahabat-sahabat. Seruan dan perkara pertama yang ditekankan ialah tauhid.

، عن ابن عباس قال:" لما بعث النبي-صلى الله عليه وسلم – معاذاً إلى نحو أهل اليمن، قال له: إنك تقدم على قوم من أهل الكتاب، فليكن أول ما تدعوهم، إلى أن يوحدوا الله تعالى، فإذا عرفوا ذلك، فأخبرهم أن الله فرض عليهم خمس صلوات في يومهم وليلتهم، فإذا صلوا فاخبرهم أن الله افترض عليهم زكاة أموالهم، تؤخذ من غنيهم فترد على فقيرهم، فإذا أقروا بذلك، فخذ منهم، وتوق كرائم أموال الناس
".

Daripada Ibn Abbas, katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. mengutuskan Muaz kepada penduduk Yaman, baginda memberi beberapa nasihat: Sesungguhnya kamu akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab. Hendaklah perkara pertama kamu dakwahkan mereka ialah mentauhidkan Allah. Apabila mereka telah mengetahui perkara ini maka beritahulah kepada mereka Allah s.w.t. telah menfardukan lima sembahyang sehari semalam. Apabila mereka telah bersembahyang maka beritahulah pula Allah telah menwajibkan zakat harta mereka, iaitu diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada faqir miskin mereka. Apabila mereka telah mengetahui perkara ini maka ambillah daripada mereka dan berwaspadalah dari mengambil harta orang ramai yang baik-baik.
(Hadis al-Bukhari dan Muslim)
 

Tauhid Kepada Allah Menjamin Keselamatan Di Dunia

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" أمرت أن أقاتل الناس، حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم، إلا بحقها".

Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maka apabila mereka telah berbuat demikian darah mereka itu terselamat daripadaku kecuali dengan haknya.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sembahyang Witir Adalah Manifestasi Tauhid Kepada Allah

Sembahyang witir dilakukan pada akhir waktu malam sebelum fajar menyinsing atau boleh juga dilakukan selepas insya sebelum tidur. Bagaimanapun witir tidak dilakukan dua kali dalam satu hari. Witir bermaksud tunggal. Ini sebagai satu isyarat supaya kita mengingati Allah itu tungal dan esa. Dalam hadis disebutkan:
عن علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله وتر يحب الوتر.

Sesungguhnya Allah itu tunggal dan Dia menyukai yang tunggal.
(Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan al-Nasa’i)

Ini bermakna dengan melakukan sembahyang witir, seseorang itu dapat menghayati falsafah tauhid dan keesaan Allah. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. membacakan beberapa surah dalam sembahyang witir yang menekankan tema keesaan dan kesucian Allah dari segala kekurangan dan syirik. Antara surah yang dibacakan ialah Surah al-A`la, al-Kafirun dan al-Ikhlas.
وعن عبد العزيز بن جريج قال سألنا عائشة رضي الله عنها بأي شيء كان يوتر رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قالت كان يقرأ في الأولى ب ( سبح اسم ربك الأعلى  وفي الثانية بقل يا أيها الكافرون   وفي الثالثة ب  قل هو الله أحد   والمعوذتين

Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`b bahawa: Rasulullah s.a.w. sering melakukan witir dengan membaca Surah al-A`la dalam rakaat pertama, al-Kafirun dalam rakaat kedua dan al-Ikhlas bersama surah al-Falaq dan al-Nas dalam rakaat ketiga.
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)

Kandungan surah al-A`la menegaskan bahawa Allah yang telah mencipta dan mentadbir alam semesta. Oleh itu, manusia wajib bertasbih kepada Allah. Surah al-Kafirun pula menafikan segala yang disembah selain dari Allah sementara Surah al-Ikhlas menegaskan keesaan Allah dan Dia tidak menyerupai makhluk dari apa sudutpun. Segala makhluk, semuanya amat berhajat dan memerlukan kepada-Nya. Intisari surah al-Falaq dan al-Nas pula ialah dengan Allah sahajalah, kita memohon perlindungan dari segala macam kejahatan.

Rasulullah s.a.w. juga menegaskan bahawa surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Qur’an kerana mengandungi makna tauhid.
وعن أبي الدرداء قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أيعجز أحدكم أن يقرأ في ليلة ثلث القرآن ؟ قالوا وكيف يقرأ ثلث القرآن ؟ قال قل هو الله أحد يعدل ثلث القرآن .

Daripada Abu al-Darda’, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apakah salah seorang kamu mampu membaca satu pertiga al-Qur’an dalam satu malam? Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh dibaca satu pertiga al-Qur’an? Rasulullah bersabda: Surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Qur’an.
(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dalam sembahyang sunat fajar Rasulullah s.a.w. sering membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas. Surah al-Kafirun merupakan pernyataan Tauhid al-Nafi iaitu menafikan selain daripada Allah sebagai yang berhak disembah manakala surah al-Ikhlas menegaskan bahawa hanya Allah yang dikatakan sebagai Tauhid al-Ithbat.


Menghalalkan Yang Haram Dan Mengharamkan Yang Halal Membatalkan Tauhid
Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 22 bahawa segala yang ada telah diciptakan untuk manusia. Dengan itu, setiap perkara itu adalah halal kecuali terdapat nas yang mengatakan sebaliknya. Sebarang keputusan atau hukum yang mengharamkan sesuatu yang halal menyebabkan akidah seseorang rosak. Tindakan ini sebenarnya mencampuri urusan Allah dan seolah-olah mencabar kekuasaan Allah. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menggambarkannya sebagai syirik dan bertuhankan selain Allah.
عن عدي بن حاتم قال :أتيت النبي صلى وفي عنقي صليب من ذهب، فقال: يا عدي اطرح عنك هذا الوثن، وسمعته يقرأ في سورة براءة: {اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون اللّه}، قال: أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم، ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه، وإذا حرموا عليهم شيئا حرموه". هذا حديث غريب لا نعرفه الا من حديث عبد السلام بن حرب.

Daripada `Adi bin Hatim katanya: Saya menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan pada leher saya ada salib dari emas. Baginda bersabda: Wahai `Adi, buangkanlah darimu berhala ini. Kata `Adi : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah Bara’ah: Mereka menjadikan pendita-pendita mereka dan rahib-rahib mereka sebagi tuhan selain Allah. Adapun menyembah mereka, mereka (golongan Nasara) itu tidak berbuat demikian. Tetapi apabila paderi-paderi mereka menghalalkan sesuatu kepada mereka, maka mereka menganggapnya sebagai halal dan apabila paderi-paderi itu mengharamkan sesuatu ke atas mereka, maka merekapun mengharamkan juga.
(Hadis riwayat al-Tirmizi)


Menjaga Dan Melindungi Tauhid
1.       Hadis larangan tentang gambar
عن عائشة: أن أم حبيبة وأم سلمة: ذكرتا كنيسة رأينها بالحبشة، فيها تصاوير، فذكرتا للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: (إن أولئك، إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات، بنوا على قبره مسجدا، وصوروا فيه تلك الصور، فأولئك شرار الخلق عند الله يوم القيامة.

Daripada `Aishah bahawa Ummu Habibah dan Ummu Salmah menyebutkan sebuah gereja yang dilihat oleh mereka berdua di Habsyah dan di dalamnya terdapat gambar-gambar. Lalu mereka berdua menceritakan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: Sesungguhnya mereka itu, apabila seorang lelaki yang soleh dari kalangan mereka meninggal dunia, mereka akan membina masjid di atas kuburnya, dan mereka membuat gambar-gambar di atasnya. Mereka itulah makhluk yang paling jahat di sisi Allah pada hari akhirat.
(Hadis al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’i)
عن عائشة. قالت:  دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا متسترة بقرام فيه صورة. فتلون وجهه. ثم تناول الستر فهتكه. ثم قال (إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة، الذين يشبهون بخلق الله.

Daripada `Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemui beliau ketika beliau berada di balik tabir yang mempunyai gambar. Tiba-tiba berubah wajah baginda. Lalu mengambil tabir tersebut dan mengutis-ngutisnya seraya bersabda: “Sesungguhnya orang paling dahsyat siksaannya di hari akhirat ialah orang yang menyerupakan dengan ciptaan Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas mengajar kita sudah menjauhi unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik. Larangan yang dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu kerana keadaan zaman mereka masih lagi hampir dengan situasi penyembahan berhala dan gambar-gambar yang dijadikan pujaan. Gambar-gambar dilukis sebagai membesarkan orang yang dilukiskan wajahnya dan dijadikan perantaraan untuk meminta pertolongan dengan Allah kerana mereka adalah orang-orang soleh dan hampir dengan Allah.[5]
عن ابن عباس. فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول (كل مصور في النار. يجعل له، بكل صورة صورها، نفسا فتعذبه في جهنم

Daripada Ibn Abbas katanya:” Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap pelukis akan berada di dalam neraka lalu setiap gambar yang dilukiskan itu diberikan nyawa dan akan menyeksanya di dalam neraka Jahannam.”
(Hadis riwayat Muslim)

2.       Larangan kubur dijadikan masjid
عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لعن الله اليهود والنصارى. اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد".
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah telah melaknat Yahudi dan Nasara. Mereka telah menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid.”
(Hadis Muslim)
Hadis ini memberitahu bahawa tempat yang betul untuk beribadat kepada Allah s.w.t. mestilah bersih dari sebarang unsur yang membawa kepada syirik.


3.       Menjauhi tanggapan sial untuk menjaga akidah tauhid

Rasulullah s.a.w. menjelaskan aqidah tauhid kepada ummat Islam dengan menegaskan tidak ada sebarang bentuk sial kerana segala-galanya sudah ditakdirkan Allah. Penyakit yang menimpa manusia berlaku kerana bukan jangkitan penyakit itu sendiri melainkan Allah yang menyebabkan berlakunya  jangkitan tersebut.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا عدوى ولا طيَرة، ولا هامة ولا صفر، وفِرَّ من المجذوم كما تفرُّ من الأسد.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada sebarang jangkitan, tidak ada sial burung, tidak ada sial burung hantu dan tidak ada sial bulan Safar. Larilah dari mangsa kusta seperti kamu lari dari singa.”
(Hadis al-Bukhari)

4.             Larangan bersembahyang ketika matahari terbit dan terbenam

Rasulullah s.a.w. melarang dari mendirikan sembahyang ketika matahari terbit dan tenggelam. Larangan ini bertujuan untuk menghindarkan diri dari menyerupai orang-orang yang menyembah matahari.
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا طلع حاجب الشمس فدعوا الصلاة حتى تبرز، وإذا غاب حاجب الشمس فدعوا الصلاة حتى تغيب، ولا تحينوا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها، فإنها تطلع بين قرني شيطان، أو الشيطان.

Daripada Ibn Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila dua kening matahari terbit, janganlah bersembahyang sehinggalah ia kelihatan dengan jelas. Apabila kening matahari tenggelam maka janganlah bersembahyang sehingga ia lenyap.  Jangan kamu tunggu untuk bersembahyang pada matahari terbit dan tenggelam kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan.”
(Hadis al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa syaitan akan berada dekat matahari supaya orang yang menyembah matahari ini menyembahnya juga. Rasulullah s.a.w. melarang sembahyang pada ketika  itu supaya tauhid orang-orang Islam terpelihara. Berdasarkan kepada faktor ini juga sebahagian ulama mengatakan sebab Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan sunat qabliah maghrib ialah kerana zaman mereka itu masih lagi hampir dengan golongan yang menyembah matahari. Oleh itu baginda merasa keberatan untuk bersembahyang pada ketika itu.




[1] Muhammad Sulaiman al-Asyqar, al-Wadih Fi Usul al-Fiqh, hal. 96
[2] Muhammad Anwar al-Badakhsyani, Talkhis Syarh al-`Aqidah al-Tahwiyyah, hal. 24
[3] Ibid., hal. 32
[4] Abdul Rahman Ali al-Shaikh, Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tuwhid, hal. 11.
[5] Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Wa adillatuhu, jil.4, hal. 2671

Bazar Ramadhan bukanlah bazir Ramadhan....

Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.


Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga.  Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan.  Syukur alhamdulillah.
Masing-masing tahu akan kebaikan ‘Bazar Ramadhan’.  Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya.  Kerana kebaikannya semua sudah maklum.
Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke ‘Bazar Ramadhan’.  Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana.  Supaya ‘Bazar Ramadhan’ tidak menjadi ‘Bazir Ramadhan’.

Pembaziran Wang

Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan.  Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.
Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah.  Itu nak, ini pun nak.  Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa.  Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa.  Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan

Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli.  Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan.  Nasi sebekas, hanya suku diusik.  Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja.  Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya.  Menyedihkan.
Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan.  Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya.  Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan.  Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.
Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah.  Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.

Pembaziran Masa

Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan.  Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut.  Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin ‘mencuci mata’.  Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa.  Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.
Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja.  Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga.  Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga.  Ataupun membaca al-Quran sehelai dua.  Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.

Pembaziran Tenaga

Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga.  Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ.  Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam.  Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.

Pembaziran Pahala

Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum.  Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim.  Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita.  Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.
Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal.  Minda juga berfikir yang bukan-bukan.  Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan.  Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi.  Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.
Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir’.  Cakap itu dan ini.  Sebahagiannya ada yang tidak benar.  Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.
Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini.  Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan.  Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera.  Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.

Pembaziran Peluang

Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali.  Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan.  Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja.  Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.
Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini.  Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.

Jangan Membazir

Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan.  Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya:  “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”  (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)
Pembaziran adalah perbuatan Syaitan.  Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan.  Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.
Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya.  Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.  Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin.

Sunday 14 August 2011

dalam Islam x bleh buat lwk?? btol ke???

TENTANG HIBURAN
ISLAM adalah agama realis, tidak tenggelam dalam dunia khayal dan lamunan. Tetapi Islam berjalan bersama manusia di atas dunia realiti dan alam kenyataan.

Islam tidak memperlakukan manusia sebagai Malaikat yang bersayap dua, tiga dan empat. Tetapi Islam memperlakukan manusia sebagai manusia yang suka makan dan berjalan di pasar-pasar.

Justru itu Islam tidak memestikan manusia supaya dalam seluruh percakapannya itu berupa zikir, diamnya itu berarti berfikir, seluruh pendengarannya hanya kepada al-Quran dan seluruh senggangnya harus di masjid.

Islam mengakui fitrah dan instink manusia sebagai makhluk yang dicipta Allah, di mana Allah membuat mereka sebagai makhluk yang suka bergembira, bersenang-senang, ketawa dan bermain-main, sebagaimana mereka dicipta suka makan dan minum.

1. Sekadarnya Sahaja
Meningkatnya rohani sebahagian para sahabat, telah mencapai puncak di mana mereka beranggapan, bahawa kesungguhan yang membulat dan ketekunan beribadah, haruslah menjadi adat kebiasaannya sehingga mereka harus memalingkan dari kenikmatan hidup dan keindahan dunia, tidak bergembira dan tidak bermain-main. Bahkan seluruh pandangannya dan fikirannya hanya tertuju kepada akhirat melulu dengan seluruh isinya, serta jauh dari dunia dengan keindahannya.

Marilah kita dengarkan kisah seorang sahabat yang mulia, namanya Handhalah al-Asidi, dia termasuk salah seorang penulis Nabi. Ia menceriterakan tentang dirinya kepada kita sebagai berikut. Satu ketika aku bertemu Abu Bakar, kemudian terjadilah suatu dialog:
Abu Bakar: Apa kabar, ya Handhalah?
Aku: Handhalah berbuat nifaq!
Abu Bakar: Subhanallah, apa katamu?
Aku: Bagaimana tidak! Aku selalu bersama Rasulullah s.a.w., ia menuturkan kepadaku tentang Neraka dan Syurga yang seolah-olah Syurga dan Neraka itu saya lihat dengan mata-kepalaku. Tetapi setelah saya keluar dari tempat Rasulullah s.a.w., kemudian saya bermain-main dengan isteri dan anak-anak saya dan bergelimang dalam pekerjaan, maka saya sering lupa tutur Nabi itu!
Abu Bakar: Demi Allah, saya juga berbuat demikian!
Aku: Kemudian saya bersama Abu Bakar pergi ke tempat Rasulullah s.a.w.
Kepadanya, saya katakan: Handhalah nifaq, ya Rasulullah!
Rasulullah: Apa!?
Aku: Ya Rasulullah! Begini ceritanya: saya selalu bersamamu. Engkau ceritakan kepada saya tentang Neraka dan Syurga, sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata-kepala. Tetapi apabila saya sudah keluar dari sisimu, saya bertemu dengan isteri dan anak-anak serta sibuk dalam pekerjaan, saya banyak lupa!
Kemudian Rasulullah s.a.w, bersabda: "Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, niscaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa'atan, saa'atan! (berguraulah sekadarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali." (Riwayat Muslim)

2. Rasulullah s.a.w. adalah Manusia
Kehidupan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang baik bagi manusia. Dalam khulwatnya ia melakukan sembahyang dengan khusyu', menangis dan lama berdiri sehingga kedua kakinya bengkak. Dalam masalah kebenaran ia tidak mempedulikan seseorang, demi mencari keridhaan Allah. Tetapi dalam kehidupannya dan perhubungannya dengan orang lain, dia adalah manusia biasa yang sangat cinta kepada kebaikan, wajahnya berseri-seri dan tersenyum, bergembira dan bermain-main, dan tidak mahu berkata kecuali yang hak.

Ia sangat cinta kepada kegembiraan dan apa saja yang dapat membawa kepada kegembiraan itu. Ia tidak suka susah dan apa saja yang membawa kesusahan, seperti berhutang dan hal-hal yang menyebabkan orang mungkin payah; dan selalu minta perlindungan kepada Allah dari perbuatan yang tidak baik.

Dalam doanya itu ia mengatakan: "Ya Tuhanku! Sesungyuhnya aku minta perlindungan kepadaMu dari duka dan susah." (Riwayat Abu Daud)

Boleh bergurau yang tidak melampau batasBoleh bergurau yang tidak melampau batasDalam salah satu riwayat diceriterakan tentang berguraunya dengan seorang perempuan tua, iaitu: ada seorang tua masuk rumah Nabi minta agar Nabi mendoakannya supaya ia masuk Syurga. Maka jawab Nabi: "Syurga tidak dapat menerima orang tua!!!"

Mendengar jawaban itu si perempuan tua tersebut menangis tersedu-sedu kerana beranggapan, bahawa ia tidak akan masuk Syurga.

Setelah Rasulullah s.a.w. melihat keadaan si perempuan tersebut, kemudian ia menerangkan maksud dari omongannya itu, iaitu: "Bahawa seorang tua tidak akan masuk Syurga dengan keadaan tua bangka, bahkan akan dirubah bentuknya oleh Allah dalam bentuk lain, sehingga dia akan masuk Syurga dalam keadaan masih muda belia. Kemudian ia membacakan ayat:
“Sesungguhnya Kami ciptakan mereka itu dalam ciptaan yang lain, maka kami jadikan mereka itu perawan-perawan, yang menyenangkan dan sebaya.”[25] (al-Waqi'ah: 35-37)

3. Hati Boleh Menjadi Bosan
Begitu juga para sahabatnya yang baik-baik itu, mereka biasa bergurau, ketawa, bermain-main dan berkata yang ganjil-ganjil, kerana mereka mengetahui akan keperluan jiwanya dan ingin memenuhi panggilan fitrah serta hendak memberikan hak hati untuk beristirahat dan bergembira, agar dapat melangsungkan perjalanannya dalam menyusuri aktivitasnya. Sebab aktivitas hidupnya itu masih panjang.

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Sesungguhnya hati itu boleh bosan seperti badan. Oleh kerana itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati."

Dan katanya pula: "Istirahatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, boleh buta."

Abu Darda' pun berkata juga: "Sungguh hatiku akan ku isi dengan sesuatu yang kosong, supaya lebih dapat membantu untuk menegakkan yang hak."

Oleh kerana itu, tidak salah kalau seorang muslim bergurau dan bermain-main yang kiranya dapat melapangkan hati. Tidak juga salah kalau seorang muslim menghibur dirinya dan rekan-rekannya dengan suatu hiburan yang mubah, dengan syarat kiranya hiburannya itu tidak menjadi kebiasaan dan perangai dalam seluruh waktunya, iaitu setiap pagi dan petang selalu dipenuhi dengan hiburan, sehingga dapat melupakan kewajiban dan melemahkan aktivitasnya. Maka tepatlah pepatah yang mengatakan: "Campurlah pembincangan itu dengan sedikit bermain-main, seperti makanan yang dicampur dengan sedikit garam."

Dalam bermain-main itu, seorang muslim tidak diperkenankan menjadikan harga diri dan identitas seseorang sebagai sasaran permainannya. Seperti firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

Tidak juga diperkenankan dalam berguraunya itu untuk ditertawakan orang lain, dengan menjadikan kedustaan sebagai wasilah. Sebab Rasulullah telah memperingatkan dengan sabdanya sebagai berikut:
"Celakalah orang yang bercakap suatu perkataan supaya ditertawakan orang lain, kemudian dia berdusta. Celakalah dia! Celakalah dia!" (Riwayat Tarmizi)

Subhanallah

____________1§§¶¶____________​___________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1___________​__________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________​__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________​__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma​tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________​_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________​______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________​____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________​__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§​¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶​¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§​§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§​§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_​__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______​__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______​__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___​__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§​§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§​§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦​¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█​███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯​¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨​*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

Kelebihan membaca surah yaasin dan al-waaqi'ah

Kita semua sudah sedia maklum bahawa membaca mana-mana ayat atau surah di dalam Al-Quran sudah pasti akan membawa ganjaran pahala daripada Allah SWT. Begitu juga sebahagian besar kita sudah mengetahui bahawa terdapat beberapa ayat dan surah tertentu yang disebutkan ganjaran membacanya secara khusus.

Ada yang sahih, ada yang tidak... Namun begitu kita juga perlu menyedari satu hakikat yang telah disebutkan oleh imam-imam hadith terdahulu iaitu – sebagaimana terdapat hadith-hadith sahih tentang kelebihan membaca surah tertentu, begitu juga terdapat hadith-hadith yang tidak sahih. Adalah menjadi satu perkara yang salah apabila kita mencampur adukkan antara hadith yang sahih dan tidak sahih berkaitan pahala ganjaran membaca Al-Quran.
Bagaimana ingin membezakannya? Sudah pasti ia memerlukan usaha dan pengajian berterusan serta sikap suka bertanya kepada yang tahu. Maka seorang muslim yang berhati-hati akan sentiasa menggunakan dan menyebut hadith yang sahih terlebih dahulu sebelum menyebut hadith-hadith yang tidak sahih. Namun begitu kita semua bersetuju bahawa membaca mana-mana ayat atau surah sudah pasti mendapat ganjaran pahala secara umum. Apa yang kita ingin bicarakan ialah beberapa hadith yang tidak sahih menceritakan tentang ganjaran khusus untuk surah atau ayat tertentu..
Yaasin 'hati' Al-Quran, al-Waaqi'ah menghindari kepapaan? Untuk sekadar memberikan contoh, saya ingin menyebut dua hadith yang sentiasa menjadi sebutan sebahagian masyarakat berkaitan pahala membaca surah tertentu:
Pertama:
Hadith tentang kelebihan surah Yaasin. Di antara lafaz yang sering disebut ialah ‘Yaasin adalah jantung atau hati kepada Al-Quran’.
Kedua:
Hadith tentang kelebihan surah al-Waaqi’ah. Di antara lafaz yang popular ialah ia jika dibaca boleh mengelakkan pembacanya daripada kefakiran dan kemiskinan.
Mari kita fahami bersama kedudukan hadith berkaitan dua surah yang disebutkan di atas:
1. Tidak syak lagi membaca surah Yaasin atau Waaqi’ah bahkan mana-mana surah mendatangkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Di antaranya ialah ganjaran umum yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith tentang pahala yang kita akan perolehi apabila membaca setiap huruf di dalam Al-Quran:
Sabda Rasulullah s.a.w. :
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم َرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu kebaikan dan kebaikan itu digandakan sepuluh sepertinya. Aku tidak berkata ‘alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘laam’ satu huruf dan ‘miim’ satu huruf.
[Hadith riwayat al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh beliau]
2. Namun untuk seorang muslim menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa sesuatu hadith itu ‘sahih’ dan nyata datangnya daripada Rasulullah s.a.w., ia memerlukan keyakinan dan kepastian daripada para ulama hadith zaman-berzaman. Inilah yang tidak ada pada kedua hadith yang kita sedang bincangkan.
3.Hadith berkaitan kelebihan surah Yaasin sememangnya kita boleh temui dalam kitab-kitab hadith tertentu. Tetapi kewujudannya bukanlah bermakna ia sahih dan pasti datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Inilah yang sering disebutkan oleh para ulama hadith. Sebagai contoh, hadith tentang Yaasin itu ‘hati / jantung Al-Quran’ kita boleh temui di dalam buku Musnad Ahmad. Dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa anak Imam Ahmad iaitu Abdullah Bin Ahmad pernah bertanya kepada beliau ‘adakah semua hadith di dalam Musnad itu sahih?’. Maka Imam Ahmad menjawab bahawa di dalam ada yang sahih dan ada yang tidak. Beliau berniat untuk mengumpulkan semata-mata.
4.Hadith ‘Yaasin itu jantung/hati Al-Quran’ merupakan hadith yang dinilai dhaif oleh ramai ulama hadith terkemuka. Di antara mereka yang membuktikannya sebagai dhaif ialah seperti al-Mizzi (742H), al-Zahabi (748H), al-Zailaei (762H) dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk ulama hadith moden dan masa kini.  Untuk perhatian pembaca, hadith ini tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang sahih seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain. Ia juga tidak pernah dinilai sebagai sahih oleh imam-imam hadith terdahulu.
5.Begitu juga dengan kelebihan surah al-Waaqi’ah yang dikatakan boleh mengelakkan kemiskinan. Hadith ini sememangnya telah dijelaskan oleh ulama hadith sejak dahulu lagi bahawa ia tidak sahih bahkan menurut al-Mundziri (656H) (pengarang buku al-Targhib wa al-Tarhib) : ‘ia tidak diriwayatkan dalam buku-buku hadith utama’. Di antara ulama yang membuat kesimpulan ia sebagai dhaif ialah seperti al-Zahabi (748H) dalam beberapa bukunya,  al-Iraqi (806H) (dalam takhrij Ihya’ Ulumiddin), Ibnu Hajar al-Asqalani (852H) dalam Nataaij al-Afkar dan juga ulama-ulama hadith moden seakan sepakat ia tidak sahih.
6.Kedua-dua hadith di atas tidak sahih dan telah dijelaskan oleh ulama hadith zaman berzaman. Ini bermakna kita tidak boleh menyebutkannya sama seperti kita menyebut hadith-hadith sahih yang lain kerana dibimbangi masyarakat akan menganggapnya benar-benar hadith dan sahih datangnya daripada Rasulullah s.a.w.
7.Sebagai maklumat tambahan, kita dapat melihat bagaimana Imam al-Nawawi (676H) dalam bukunya Riyadhussolihin telah mengumpulkan hadith-hadith tentang kelebihan ayat dan surah tertentu menerusi hadith-hadith sahih. Apa yang menarik, kedua hadith yang sedang kita bicarakan ini tidak beliau masukkan. Ini menunjukkan bahawa kedua hadith ini juga tidak dinilai sahih oleh Imam al-Nawawi.
8.Beramal dengan kedua surah ini atau membacanya sudah pasti dibolehkan dan tidak dilarang kerana ia merupakan amalan yang amat mulia di sisi Allah SWT. Apa yang ditegaskan hanyalah tentang kesahihannya sebagai hadith atau tidak
 
 Selamat membaca dan selamat beramal.