Monday 26 September 2011

Hudud yg baik berjaya diburukkan...

Dalam demokrasi, perlaksanaan sesuatu undang-undang atau dasar tertakluk kepada suara majoriti. Tanpa sokongan ramai, ia melahirkan penolakan. Hasilnya, kejayaan yang diimpi, tetapi kegagalan menjadi realiti.

Kita tidak boleh sekadar berharap sesuatu impian yang baik sekadar tercapai. Tetapi, lebih dari itu, impian yang baik hendaklah kekal diamalkan. Inilah tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

NONEOleh sebab itu, dalam kitab al-Muwafaqat tulisan Imam As-Syatibi, dinukilkan tindakan Umar Abdul Aziz yang tidak terus melaksanakan Islam secara total sejurus mengambil tampuk pemerintahan.

Apabila Abdul Malik, anak kesayangannya bertanya tentang hal itu, beliau menjawab:

"Jangan kamu gopoh wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali yang ketiga.

"Sesungguhnya aku bimbang dilaksanakan kebenaran (Islam) secara total, menjadikan rakyat menolaknya pula secara total. Ia merupakan fitnah".

Umar menjawab sebegitu kerana mementingkan kejayaan perlaksanaan Islam yang bersifat kekal, bukan sementara. Umar tidak berfikir untuk mencapai sesuatu impian sahaja.

Umar berfikir lebih dari itu, iaitu bagaimana impian itu kekal diamalkan. Kebaikan pada Umar, bukan sekadar impian, tetapi kejayaan perlaksanaan.

Perlaksanaan dalam syubhat

Dalam sejarah Islam, diceritakan Saidina Umar al-Khattab pernah menangguhkan perlaksanaan hukuman potong tangan - salah satu hukum hudud yang termaktub dalam al-Quran.

Ia ditangguhkan kerana ketika itu tertimpa tahun kelaparan. Kelaparan merupakan syubhat, kerana dibimbangi keadilan yang ingin dicapai, tetapi kezaliman yang terlaksana.

Melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah keadilan. Tetapi, memotong tangan pencuri yang mencuri di kala tiada makanan, dan sang pencuri mencuri itu pula dalam keadaan terpaksa, maka tindakan memotong tangan pencuri itu merupakan kezaliman.

azlanEkoran itu, Saidina Umar menangguhkan perlaksanaan salah satu hukuman hudud tersebut.

Di Malaysia, hukuman Hudud sudah menjadi buah mulut. Sejak 20 tahun dahulu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan idea ini. Dan ia diteruskan ketika PAS membentuk kerajaan di Terengganu dahulu.

Namun, kelemahannya dari sudut penerangan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, propaganda Umno/BN agak kuat menyebabkan hudud yang baik berjaya diburukkan oleh Umno/BN.

Makanya, kerajaan PAS yang mempunyai hasrat yang baik, tidak berjaya melaksanakan hasrat itu, malahan kalah dalam pilihan raya umum selepas itu.

Dilema tidak memahami kebaikan hudud, melahirkan masalah yang cukup besar. Jika yang tidak memahami itu sebilangan kecil rakyat, ia tidak memberi kesan yang buruk, tetapi jika majoriti rakyat tidak memahaminya, perlaksanaan hudud melahirkan kesan yang amat bahaya.

Dibimbangi, hudud yang baik itu bakal dilihat buruk oleh masyarakat. Walhal, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Padang demokrasi

PAS berada dalam padang demokrasi, bukan padang monarki mutlak. Ia melibatkan suara majoriti rakyat dalam menentukan kejayaan perlaksanaan hudud diterima dan terus diamalkan.

azlanTidak ada faedahnya hudud hanya berjaya dilaksanakan dalam jangka lima tahun sahaja, tetapi selepas itu hudud dibuang oleh rakyat jauh ke laut.

Tetapi yang paling baik, hudud dilengahkan selama lima tahun, tetapi selepas lima tahun hudud itu diterima rakyat, dan berjaya dilaksanakan. Perlaksanaan itu berterusan sehingga bumi ini dibinasakan oleh Allah.

Ekoran itu, tindakan yang perlu dilakukan (dicadangkan sasaran selama lima tahun sahaja) seperti berikut:

Pertama:
Menggerakkan usaha memahamkan hudud secara lebih berkesan. Ia tidak sekadar berlingkar di Kelantan sahaja, tetapi hendaklah meliputi seluruh Malaysia.

Bentuk penerangan itu seperti mengadakan seminar, wacana dan sebaran risalah. PAS dan kerajaan PAS wajib mengambil peranan ini.

Kedua:
Mewujudkan NGO yang memfokuskan usaha memahamkan rakyat tentang hudud. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berkepakaran tentang hudud, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menerangkan hudud dalam bentuk yang berhikmah.

Mereka yang terlibat dalam NGO ini, hendaklah dilatih tentang cara dan pendekatan yang baik dalam mendepani sasaran yang belum memahami tentang hudud, agar penyampaian kandungan hudud kepada rakyat benar-benar memberi impak yang baik.

Ketiga:
Dianjurkan Seminar dan wacana yang berkaitan dengan hudud, dengan tidak boleh diabaikan wakil-wakil parti selain PAS. Jika PAS bentang kertas kerja tentang hudud, maka diminta wakil dari DAP dan PKR mengulas kertas tersebut. Seperti kertas kerja dibentang oleh Nik atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka Karpal Singh atau Lim Guan Eng pula yang mengulasnya.

Himpunan suara rakyat

dap kit siang karpal and guan engSebelum kita bercakap soal perlaksanaan, seharusnya kita menyedari bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi. Apabila rakyat secara majoriti mahukan hudud, DAP tidak bersetuju pun terpaksa akur dengan kehendak rakyat.

Ini kerana, parti mereka juga parti yang mendokong demokrasi, sesuai dengan namanya Democtratic Action Party.

Selagi kefahaman rakyat tidak diusahakan secara menyeluruh, dibimbangi perlaksanaan hudud tidak melahirkan kejayaan. Yang paling bimbang, sebaliknya melahirkan kegagalan dan dibimbangi dilihat buruk oleh rakyat.

Sesuatu perlaksanaan hudud, jangan sekadar berfikir untuk tercapai impian sahaja, tetapi hendaklah difikirkan kejayaan perlaksanaan itu tanpa melahirkan penolakan yang merupakan mudarat lebih besar.

Hanya berfikir untuk mencapai impian tanpa memikirkan kejayaan perlaksanaan yang baik merupakan tindakan yang gopoh, sedangkan gopoh itu dibenci oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW: "Gopoh itu sebahagian dari Syaitan".

azlanKaedah fekah ada menyebut: "Barangsiapa yang bergopoh terhadap sesuatu sebelum masa yang sesuai, ia akan diakibatkan pengharamannya".

Jadi, dalam hal ini, perlu diambil kira padang demokrasi dalam perlaksanaan Islam. Iaitu, PAS perlu mengambil himpunan suara rakyat untuk melaksanakan hudud.

Ia bukan bermakna mendahulukan rakyat berbanding keputusan Allah, tetapi bertujuan mencapai kejayaan perlaksanaan yang jitu, baik dan harmoni, tanpa melahirkan penolakan dan pemburukan pada hukum Allah SWT itu.

(copy paste from malaysiakini.com)

HADIS SAHIH: TIDAK BERLAKU KIAMAT SELAGI ADA ORANG MU`MIN




لَا تَقُوْمُ السَّاعَةُ عَلى أَحَدٍ يَقُوْلُ: اللهُ، اللهُ. وَفِيْ طَرِيْقٍ: لَا إلهَ إِلّا اللهُ

Tidak akan berlaku kiamat ke atas seseorang yang mengucapkan Allah, Allah. Dalam riwayat lain: La Ilah Illa Allah. (Muslim, al-Tirmizi, Ibn Hibban, Ahmad)


Sanad Dan Perawi

Pertama: Sahih Muslim

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ اللَّهُ اللَّهُ


Imam Muslim mengambil hadis ini melalui dua sanad:
Sanad pertama daripada Zuhair bin Harb daripada ‘Affan daripada Hammad daripada Thabit daripada Anas.

Sanad kedua daripada ‘Abd bin Humaid daripada ‘Abdul Razzaq daripada Ma’mar daripada Thabit daripada Anas bin Malik.


Zuhair bin Harb:

Seorang yang dipercayai lagi teguh (thiqah thabt), Imam Muslim banyak meriwayatkan daripada beliau sehingga lebih daripada seribu hadis. Selain itu, hadisnya boleh didapati dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasa`i dan Sunan Ibn Majah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 168)

‘Affan
Nama beliau ‘Affan bin Muslim bin ‘Abdullah al-Soffar, seorang thiqah thabt. Hadis-hadisnya terdapat dalam Sunan Sittah.

Hammad
Ya’ni Hammad bin Salamah, seorang thiqah ‘abid (ahli ibadat).
Beliau merupakan murid yang paling teguh yang meriwayatkan hadis daripada Thabit. Walau bagaimanapun, fikirannya bercelaru di akhir usia.

Thabit
Ya’ni Thabit bin Aslam al-Bunani, seorang thiqah dan ‘abid (ahli ibadat).

Anas bin Malik
Anas bin Malik bin al-Nadhr bin Dhamdham al-Ansari al-Khazraji. Beliau telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. sejak kedatangan baginda ke Madinah ketika berusia sepuluh tahun. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadis daripada Rasulullah s.a.w.

‘Abd bin Humaid
Beliau seorang imam yang terkenal dan mempunyai sebuah kitab musnad. Kuniahnya Abu Muhammad. Dikatakan namanya ialah ‘Abdul Hamid. Inilah yang diputuskan oleh Ibn Hibban dan ramai lagi. Seorang yang thiqah dan hafiz. Riwayatnya boleh didapati dalam Sahih Muslim dan Jami’ al-Tirmizi. Manakala imam al-Bukhari meriwayatkan daripada secara ta’liq. (Taqrib al-Tahzib, hal. 322)

‘Abdul Razzaq
Beliau ialah ‘Abdul Razzaq bin Hammam bin Nafi’, Abu Bakar al-San’ani, pengarang kitab al-Musannaf. Seorang yang thiqah, hafiz tetapi berfahaman tasyayyu’. Beliau hilang penglihatan di akhir usia dan mengalami perubahan pada ingatannya. Riwayatnya boleh didapati dalam semua Sunan Sittah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 308)

Ma’mar
Beliau ialah Ma’mar bin Rasyid al-Azdi, Abu ‘Urwah al-Basri. Seorang yang thiqah teguh dan fadhil (utama). Bagaimanapun riwayatnya daripada Thabit, al-A’masy dan Hisyam bin ‘Urwah terdapat masalah. Begitu juga periwayatannya semasa di Basrah. Riwayatnya boleh didapati dalam semua Sunan Sittah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 497)

Musnad Ahmad
Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini daripada ‘Abdul Razzaq daripada Ma’mar daripada Thabit daripada Anas bin Malik.


حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ اللَّهُ اللَّهُ

Sahih Ibn Hibban

Ibn Hibban mengambil hadis ini daripada al-Husain bin ‘Abdullah bin Yazid al-Qattan daripada Nuh bin Habib daripada ‘Abdul Razzaq daripada Ma’mar daripada Thabit daripada Anas bin Malik.

أخبرنا الحسين بن عبد الله بن يزيد القطان، قال: حدثنا نوح بن حبيب، قال: حدثنا عبد الرزاق، قال: أخبرنا معمر، عن ثابت، عن أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تقوم الساعة على أحد يقول: لا إله إلا الله

Al-Husain bin ‘Abdullah bin Yazid al-Qattan:
Beliau merupakan guru Imam Ibn Hibban. Sheikh al-Albani tidak menemui biografi beliau dalam kitab-kitab rijal dan beliau berpendapat bahawa boleh jadi Ibn Hibban  menyebutkannya dalam Kitab al-Thiqat. Beliau merupakan guru utama Ibn Hibban dalam sahihnya dan tentu sekali beliau lebih mengetahui kedudukan gurunya, al-Husain al-Qattan. (lihat Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jil. 3, hal. 237)

Nuh bin Habib al-Qumasi al-Bazsyi.
Beliau meninggal dunia pada tahun 142 H. Ibn Hibban menyebutkan dalam Kitab al-Thiqat, jil. 9, hal. 211. Hafiz Ib Hajar mengatakan beliau seorang yang thiqah dan berfahaman Ahli Sunnah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 522) Riwayatnya boleh didapati dalam Sunan Abi Daud dan Sunan al-Nasa`i.

Sanad al-Tirmizi dengan lafaz sedikit perbezaan:


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ نَحْوَهُ وَلَمْ يَرْفَعْهُ وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ الْحَدِيثِ الْأَوَّلِ

Sanad pertama: daripada Muhammad bin Basysyar daripada Ibn Abi ‘Adi daripada Humaid daripada Anas

Sanad kedua: Muhammad bin al-Muthanna daripada Khalid bin al-Harith daripada Humaid daripada Anas secara mauquf.

Kedua-dua sanad ini sahih cuma tariq Khalid bin al-Harith lebih sahih daripada tariq Ibn Abi ‘Adi kerana Khalid lebih thiqah daripada Ibn Abi ‘Adi.

Muhammad bin Basysyar
Muhammad bin Basysyar bin ‘Uthman bin Daud bin Kaisan al-‘Abdi. Kuniahnya Abu Bakr al-Basri dan gelarannya, Bundar kerana beliau seorang yang mempunyai ingatan yang kuat. Beliau merupakan seorang thiqah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 424)
Riwayatnya boleh didapati dalam semua Sunan Sittah.

Ibn Abi ‘Adi
Beliau ialah Muhammad bin Ibrahim bin Abi ‘Adi. Kadang-kadang beliau dibinkan kepada datuknya. Beliau seorang yang thiqah dan riwayatnya boleh didapati dalam semua Sunan Sittah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 420)

Khalid bin al-Harith
Beliau ialah Khalid bin al-Harith bin ‘Ubaid bin Sulaim al-Hujaimi, Abu ‘Uthman al-Basri. Beliau merupakan seorang yang thiqah lagi teguh. Riwayatnya boleh didapati dalam semua Sunan Sittah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 139)

Humaid
Beliau ialah Humaid bin Abi Humaid al-Towil, Abu ‘Ubaidah al-Basri. Terdapat sepuluh pendapat tentang nama ayahnya. Beliau seorang yang thiqah dan riwayatnya terdapat dalam Sunan Sittah. (Taqrib al-Tahzib, hal. 134)


Tajuk-Tajuk Yang Dapat Disimpulkan Daripada Hadis Ini:

  1. Keutamaan kalimah tawhid
  2. Orang mu’min sebagai nyawa kepada alam ini
  3. Besarnya nilai nyawa orang yang beriman
  4. Antara tanda kiamat ialah apabila tidak ada lagi orang mu’min
  5. Sentiasa mengingati Allah
  6. Sifat orang yang berlaku kiamat ke atasnya (ذكر الإخبار عن وصف الناس الذين يكون قيام الساعة على رؤوسهم )
  7. Hilangnya iman di akhir zaman


Huraian Dan Pengajaran Hadis

Hadis ini menjelaskan bahawa kiamat tidak akan berlaku dalam keadaan masih ada lagi orang mu’min sebaliknya ia berlaku ke atas orang-orang jahat seperti yang disebutkan dalam riwayat lain.

حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ شِمَاسَةَ الْمَهْرِيُّ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ مَسْلَمَةَ بْنِ مُخَلَّدٍ وَعِنْدَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ الْخَلْقِ هُمْ شَرٌّ مِنْ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَدْعُونَ اللَّهَ بِشَيْءٍ إِلَّا رَدَّهُ عَلَيْهِمْ فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ أَقْبَلَ عُقْبَةُ بْنُ عَامِرٍ فَقَالَ لَهُ مَسْلَمَةُ يَا عُقْبَةُ اسْمَعْ مَا يَقُولُ عَبْدُ اللَّهِ فَقَالَ عُقْبَةُ هُوَ أَعْلَمُ وَأَمَّا أَنَا فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ عِصَابَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَمْرِ اللَّهِ قَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى تَأْتِيَهُمْ السَّاعَةُ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ أَجَلْ ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ رِيحًا كَرِيحِ الْمِسْكِ مَسُّهَا مَسُّ الْحَرِيرِ فَلَا تَتْرُكُ نَفْسًا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ الْإِيمَانِ إِلَّا قَبَضَتْهُ ثُمَّ يَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ عَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ

Daripada Yazid katanya ‘Abdul Rahman bin Shimasah al-Mahri meriwayatkan kepada saya katanya, saya berada bersama dengan Maslamah bin Mukhallad dan bersamanya juga ada ‘Abdullah bin ‘Amar bin al-‘Ash. Beliau berkata: “Tidak berlaku kiamat melainkan ke atas orang-orang yang jahat. Mereka itu lebih jahat daripada ahli jahiliyyah. Tidaklah mereka meminta daripada Allah akan sesuatu melainkan Dia tidak menerimanya.”  Sedang mereka berada di situ berbincang-bincang, ‘Uqbah bin ‘Amir datang lalu Maslamah berkata kepadanya, wahai ‘Uqbah dengarlah apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah. ‘Uqbah menjawab: “Beliau lebih mengetahui. Adapun saya, pernah saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu kumpulan dari umatku akan terus berjuang di jalan Allah, mengalahkan musuh mereka, tidak ada yang dapat memudaratkan mereka orang yang menyalahi mereka sehinggalah datang kiamat dan mereka dalam keadaan demikian. ‘Abdullah berkata: “Memang benar, kemudian Allah s.w.t. mengutuskan satu angin seperti haruman kasturi, sentuhannya itu seperti sutera. Ia tidak meninggalkan satu jiwa yang dalam hatinya ada iman seberat biji sawi melainkan diambilnya kemudian tinggal orang-orang yang jahat, dan kepada merekalah berlakunya kiamat. (Muslim)

Mulla ‘Ali al-Qari berkata: “Daripada hadis ini dapat diketahui bahawa kekalnya alam ini dengan keberkatan ulama yang beramal dan hamba-hamba yang soleh serta orang-orang mu`min yang lain. Maksud tidak diucapkan Allah Allah ya’ni tidak mengingati Allah, tidak beribadat kepada-Nya.” (Mirqat al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, juz. 16, hal. 72)


Ayat-ayat al-Qur`an yang sema’na dengan hadis ini

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Surah Aal ‘Imran: 191)

Tidaklah Allah s.w.t.menjadikan alam ini sia-sia dan batil tanpa ada hikmah bahkan supaya Dia diingati dan disembah. Apabila manusia tidak lagi menyembah Allah maka tidak patut lagi alam ini ada dan selayaknya berlaku kiamat. Berdasarkan kepada ini, zikir yang diamalkan oleh orang mu`min seolah-olah ruh kepada alam ini.

أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا

Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. (al-Maidah: 32)

Di samping itu, hadis ini menguatkan makna hadis:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hilangnya dunia itu lebih mudah kepada Allah daripada pembunuhan terhadap seorang muslim.” (al-Tirmizi)

hudud: antara yg tersurat dan tersirat

Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.
Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO.  Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.
Walhal apabila hukum hudud diseret ke gelanggang politik, maka perbincangan yang kritis dan wacana yang segar tentu sekali sukar berlaku. Yang popular itulah yang benar. Apa yang penting adalah merebut pengaruh dan terus berlumba-lumba membuktikan pihak sendiri jauh lebih Islam berbanding yang satu lagi. Maka tidak hairan secara tiba-tiba PAS tidak lagi bersendirian sebagai penyokong hukum hudud.


Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Penangguhan Hudud
“Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Itulah seruan Prof Tariq Ramadan pada tahun 2005 yang menggemparkan dan mengundang pelbagai respon. Seruan itu tentu sekali merangkumi hukum-hukum yang dijustifikasikan dengan hujah agama. Dengan itu tidak dapat lari daripada turut menyentuh tentang hukuman hudud. Hujah-hujah beliau amat penting untuk dicermati bagi membantu menyoroti persoalan-persoalan tentang hudud dan hukuman kanun keseksaan yang lain. Serta apakah langkah kedepan yang boleh diambil.
Apabila  umat Islam yang telah menjadi sebahagian daripada sebuah realiti baru, mereka diburu persoalan yang fundemental tentang bagaimana untuk melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan di dalam kanun keseksaan Islam.
Perbincangan tentang hukum hudud banyak dicorakkan dengan pergelutan umat Islam mencari jawapan bagaimana untuk berpegang teguh kepada mesej Islam dalam dunia kontemporari. Serta persoalan bagaimana sebuah masyarakat dapat didefinisikan sebagai Islamik tidak sekadar hanya terhad dengan amalan peribadi sehari-hari.

Keghairahan Terhadap Hudud
Keghairahan dan semangat membara terhadap hudud menurut Prof Tariq Ramadan kadangkala disebabkan oleh keyakinan bahawa dengan melaksanakannya, maka terserlah karakter ‘Islamik’ sesebuah masyarakat. Dalam mengkaji fenomena ini dua bentuk penaakulan lazimnya membentuk dakwaan itu:
Pertama, perlaksanaan hudud menampakkan baik secara perundangan ataupun sosial  perkaitannya dengan Islam. Kekerasan perundangan itu seakan mempamerkan rasa ketaatan terhadap perintah al-Qur’an yang menuntut penghormatan tidak berbelah bahagi kepadanya.
Kedua, penentangan yang datang daripada Barat, secara paradoks memcambahkan lagi rasa bahawa yang ditentang Barat itulah jalan ketaatan yang sebenar kepada ajaran Islam. Penentangan bersungguh-sungguh daripada Barat menjadi bukti yang memadai bahawa untuk membentuk karakter Islamik yang tulen, hududlah jawapannya.
Penaakulan yang bersifat terlalu berpegang kepada bentuk luaran tanpa mengambil kira objektif disebaliknya, dan penaakulan bersifat binari (kurang Barat bermakna lebih Islami) amat berbahaya. Hal ini adalah kerana kualiti Islamik itu ditentukan oleh  nilai perundangan. bukan kepada apa yang dianjurkan, dipelihara dan dilaksanakan keadilan keatasnya.

Pelbagai Pandangan
Pelbagai ombak pemikiran berlabuh di dunia umat Islam hari ini maka perbezaan pandangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi dalam perihal hukuman hudud. Terdapat sebahagian kecil umat Islam yang menuntut agar hudud dilaksanakan dengan segera dan tegas. Menjadikan hal tersebut pra-syarat untuk sesebuah masyarakat yang majoriti Muslim diangkat sebagai ‘Islamik’.
Sebilangan yang lain pula berpandangan waima hukum hudud itu boleh ditemui di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, namun keadaan masyarakat haruslah adil dan ‘ideal’ sebelum hukuman itu boleh dilaksanakan. Maka keutamaan harus diberi pada perjuangan menegakkan keadilan sosial, menyelesaikan masalah kemiskinan, peluang pendidikan dan lain-lain. Terdapat pandangan yang juga minoriti bahawa nas-nas berkaitan hudud tidak lagi boleh digunapakai  dan tidak sesuai lagi di dalam dunia kontemporari umat Islam.
Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.
Majoriti ulama’ baik dahulu dan sekarang berpandangan hukuman-hukuman itu secara keseluruhannya adalah Islamik tetapi keadaan yang membolehkan hukuman-hukuman itu dilaksanakan adalah hampir mustahil untuk diwujudkan semula. Dengan itu, hukuman tersebut adalah ‘hampir tidak dapat dilaksanakan’. Maka hudud hanya berperanan sebagai ‘pencegahan’ . Tujuannya ialah supaya ia menggetarkan kesedaran orang-orang beriman tentang beratnya kesalahan sesuatu perbuatan yang melayakkan hukuman sedemikian.

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan
Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..Prof Tariq Ramadan menegaskan bahawa beberapa persoalan asas perlu ditujukan kepada badan-badan penguatkuasa Islam di serata dunia berkaitan hudud. Tidak kira mana-mana tradisi baik Sunni mahupun Syi’ah. Tidak kira mana-mana mazhab baik Hanafi, Maliki, Syafi’i, Ja’afari dan lain-lain. Juga tidak kira kecenderungan aliran baik literalis, salafi, reformis dan sebagainya. Perkara ini amat perlu diberi perhatian sebelum boleh terus menganggap perbahasan tentang hudud ini sudah pun selesai.
Apakah nas-nas, termasuklah tahap kesahihannya yang menjadi rujukan untuk hudud? Di manakah garis pembeza untuk penafsiran-penafsiran yang ada dan di titik manakah perbezaan itu berlaku dalam sejarah  perundangan Islam dan era kontemporari?
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk setiap hukuman menurut sumber itu sendiri, kesepakatan para ulama’ (al-Ijma’) atau secara persendirian oleh ulama’ tertentu melalui sejarah perundangan Islam dan fekah? Di titik manakah perbezaan pandangan terhadap syarat-syarat itu? Apakah ‘keadaan yang meringankan’ yang kadangkala dihuraikan oleh autoriti agama sepanjang sejarah berlalu serta di dalam mazhab-mazhab yang berbeza?
Konteks sosio-politik atau al-Waqi’ sentiasa diberikan perhatian oleh para ulama sebagai salah satu pra-syarat kepada perlaksanaan hudud. Disebabkan itu, penyertaan para intelektual terutama yang mahir dalam sains sosial diperlukan dalam perdebatan tentang isu ini. Oleh itu, dalam konteks hari ini, apakah berkemungkinan untuk melaksanakan hudud? Apakah keadaan yang diperlukan daripada segi sistem politik dan perlaksanaan kebebasan bersuara, kesamarataan di sisi undang-undang, pendidikan awam, penghapusan kemiskinan dan keadilan sosial? Yang manakah dalam bahagian ini menjadi perbezaan pandangan dan atas asas apa perbezaan ini terjadi?
Soalan-soalan ini semua bertujuan menjernihkan lagi isu yang diperdebatkan dengan memberi perhatian kepada keluasan penafsiran terhadap nas-nas dan mengambil kira faktor penentu keadaan kontemporari dan evolusi sosial. Proses muhasabah ini perlu bermula dengan memahami seiringan teks (nusus) dan konteks serta berpegang teguh kepada objekti dan mesej Islam.
Kesedaan ini memerlukan sepenuh kesungguhan , masa dan penyediaan ruang untuk berdialog dan berdebat. Ia tidak sepatutnya sekadar diperingkat nasional tetapi juga internasional, diantara para ulama’, golongan intelektual, dan dikalangan komuniti Islam itu sendiri. Sesungguhnya perkara ini bukan hanya berdasarkan kepada perhubungan dengan teks (nas) yang memerlukan kepakaran “ulama’ an-nusus” (ahli yang mahir dalam urusan teks); tetapi juga perhubungan dengan konteks (waqi’), yang selayaknya mewajibkan keterlibatan golongan “ulama’ al-waqi’” (ahli yang mahir dalam urusan keduniaan).

Diantara Yang Tersurat dan Matlamat
Matlamat atau objektif yang menjustifikasikan sesuatu nas itu (al-Maqasid) mestilah memandu bagaimana nas-nas hukum itu seharusnya dilihat. Dan diantara matlamat-matlamat itu telah ditentukan sejak awal lagi antaranya ialah pemeliharaan nyawa seseorang (an-Nafs) dan  menegakkan keadilan (al-‘Adl). Perlaksanaan hudud secara literal dan tanpa mengambil kira konteks hanya akan mebuahkan ketidakadilan.
Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda. Sekalipun dikatakan bahawa hujah-hujah hudud itu jelas di dalam nas-nas. Namun Khalifah Umar al-Khattab faham bahawa perlaksanaan hudud dalam konteks tersebut hanya akan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan.
Keadaan negara umat Islam hari ini jauh lebih kompleks. Penindasan sama ada nyata atau tidak berpunca daripada tadbir urus yang buruk, sistem ekonomi yang rancu, rasuah, nepotisme dan lain-lain adalah sebuah ‘kemarau’ berpanjangan. Oleh itu perlaksanaan hudud yang tidak mahu mempedulikan konteks yang semakin kompleks ini bukanlah tanda ketaatan kepada ajaran Islam. Sebaliknya ia akan menjejaskan matlamat tertinggi ajaran Islam yang begitu mementingkan keadilan.

Langkah Ke Depan
Mengambil semangat Umar al-Khattab, keghairahan memastikan keadilan terpelihara lebih layak diutamakan berbanding melaksanakan hudud dengan mengabaikan konteks. Tumpuan juga sepatutnya pada usaha membentuk masyarakat yang terdidik sehingga mereka dapat melangkaui fatamorgana  formalisme, yang hanya mementingkan bentuk dan rupa agama tetapi mengetepikan isi dalaman yang jauh lebih penting.
Menerapkan tafsiran, pendekatan dan hukuman yang bersifat keras dan menekan tidak akan menjadikan masyarakat lebih taat kepada ajaran Islam. Keupayaan untuk menggalakkan keadilan sosial dan pemeliharaan integriti setiap individu baik lelaki atau perempuan, kaya atau miskin sebenarnya yang akan memastikan ketaatan yang selayaknya. Mengikut norma Islam perkara yang utama adalah pemeliharaan hak-hak individu dan masyarakat, dan bukanlah menguruskan hukuman yang sepatutnya dijalankan dengan syarat yang ketat.
Sudah tiba masanya persoalan hudud dijauhkan daripada menjadi instrumen permainan persepsi dan sekadar bahan api yang membakar sentimen. Umat Islam sepatutnya menolak pengabsahan ajaran agama mereka oleh golongan formalis dan menumpukan kepada mesej mendalam Islam yang mengajak kepada kerohanian. Adalah penting untuk umat Islam mengalih perhatian daripada apa yang disekat  oleh undang-undang kepada apa yang sepatutnya dipelihara oleh undang-undang itu. Yakni hati nurani, integriti, kebebasan dan hak-hak setiap manusia, serta keadilan yang sentiasa menjadi asas terpenting daripada ajaran Islam.

Thursday 22 September 2011

Manusia terakhir yg memasuki syurga..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”
Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau: “Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu’min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata: “Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”
Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata: “Aku Tuhanmu”. Maka dijawab kaum mukmin: “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula Rasulullah s.a.w “Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!”
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan.” Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir: “Adakah kamu pernah melihat sa’dan?” Jawab mereka: “Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.”
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada tuhan yang disembah kecuali Allah” dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.
Kemudian Allah berkata kepadanya: “Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?” Jawab orang itu: “Tidak!” dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya: “Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!” Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. “Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!” kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: “Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka.” Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah: “Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!” Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya: “Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas’ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Wednesday 21 September 2011

Penting jga hati org lain....

Individu berasakan tak singgung perasaan mana-mana pihak boleh teruskan puasa enam hari

AIDILFITRI perayaan yang dianjurkan Baginda SAW sebagai simbol kemenangan kepada umat kerana berjaya menahan nafsu sepanjang sebulan Ramadan. Nilai kegembiraan itu sangat besar sehinggakan diharamkan bagi umat Islam untuk berpuasa pada hari berkenaan.

Namun, kesinambungan taqwa yang diperoleh sepanjang Ramadan perlu diteruskan dengan anjuran untuk berpuasa enam hari berikutnya pada Syawal sehinggakan nilai tambah bagi puasa itu menyamai ganjaran berpuasa selama setahun.

Walau bagaimanapun, asas ilmu pengetahuan dalam sesuatu ibadah itu perlu supaya kita bijak beramal mengikut tuntutan sebenar Nabi SAW.

Secara tradisinya, sambutan Aidilfitri di Malaysia disambut selama sebulan. Kemeriahan penganjuran rumah terbuka sedikit sebanyak mempengaruhi amalan berpuasa sunat Syawal hingga ada yang keliru antara keperluan menerima undangan atau meneruskan amalan berpuasa.

Suasana sambutan yang masih kuat pada hari raya kedua, ketiga dan berikutnya membuatkan sebahagian masyarakat memilih untuk berpuasa pada Syawal kedua secara berterusan selama enam hari sukar untuk diamalkan.

Menurut ulama, pahala puasa enam hari Syawal akan diperoleh sama ada ia dilakukan secara terpisah atau berturut-turut tetapi keutamaan diberikan kepada orang yang bersegera melakukannya.

Dalam Sunan at-Tirmizi, diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak bahawa dia lebih suka berpuasa sunat Syawal pada awalnya. Namun, Imam San’ani dalam kitabnya Subulus Salam menyatakan, tiada dalil khusus menyebut ia perlu dilakukan pada awal bulan Syawal.

Pendapat ini dilihat sesuai dengan keadaan umat Islam di Malaysia yang masih kuat menyambut raya pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya. Malah, amalan ziarah-menziarahi, jamuan makan masih berterusan, apatah lagi kita perlu memenuhi undangan serta menerima kunjungan saudara.

Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW dan apabila ia disajikan seseorang berkata: Aku berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: Saudara kamu menjemput kamu (untuk makan) dan dia telah bersusah payah membuatnya. Bukalah puasamu dan berpuasalah pada hari lain jika kamu mahu.”

Diriwayatkan bahawa Abu Juhaifah berkata: “Abu Al-Darda’ datang dan beliau telah membuat beberapa makanan untuknya (untuk Salman). Maka Abu Darda berkata: Makan. Sesungguhnya aku berpuasa. Salman berkata: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Maka dia pun makan. Kemudian Abu Darda berjumpa Nabi saw dan memberitahu Baginda perkara itu lalu Nabi SAW berkata: Benarlah kata Salman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi).

Ini memberi gambaran kepada kita kepentingan menjaga hati dan perasaan tetamu mahu pun tuan rumah itu suatu yang amat dituntut. Malah, ia lebih penting daripada ibadat sunat. Namun, situasi ini bukanlah suatu yang mengikat.

Boleh juga diteruskan puasa bagi mana-mana individu yang berasakan tiada masalah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kerana sabit dalam hadis ini situasi dalam melihat fiqh awlawiyat (keutamaan) antara hukum wajib meraikan hati orang lain dan sunat berpuasa.

Kerap juga timbul isu menggabungkan niat puasa antara puasa ganti dan puasa sunat Syawal. Terdapat perselisihan pandangan dalam permasalahan ini. Pendapat pertama, boleh digabungkan kedua-dua niat itu.

Pendapat kedua pula menegah menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat Syawal tetapi membenarkan sesiapa yang ingin melakukan terlebih dulu puasa sunat Syawal kemudian digantikan puasa Ramadan pada waktu lain.

Manakala, pendapat ketiga pula melarang digabungkan niat serta mewajibkan diganti terlebih dulu puasa Ramadan barulah dituruti dengan puasa sunat Syawal. Ketiga-tiga pendapat ini pendapat dalam kalangan ulama yang muktabar.

Jika diteliti ketiga-tiga pendapat ini, pendapat golongan ketiga itu lebih kuat berbanding pendapat sebelumnya. Namun, Islam tidak memberatkan umatnya dengan bebanan yang tidak mampu dilakukan.

Bagi kes tertentu hingga kepada masyaqqah (kesulitan) yang berat seperti wanita kedatangan haid, nifas serta hutang puasa yang terlalu banyak, menyukarkan mereka untuk berpuasa sunat Syawal maka boleh menurut pandangan golongan pertama dan kedua. Namun saranan untuk mengikut pendapat yang paling kukuh itu lebih perlu diutamakan.

Semoga keluasan fiqh ini tidak membebankan umat menggapai rahmat yang tersembunyi dalam perbezaan kalangan ulama. Beramallah dengan ilmu supaya ketepatan menurut sunnah Rasul itu terpelihara. Semoga amalan kita diterima Allah SWT.

Tuesday 20 September 2011

Kamu telah berbuat baik!!!

Ia adalah sabdaan Rasullullah s.a.w. kepada Ali Karramallahu Wajhah ketika beliau diarahkan agar melaksanakan hukuman sebat ke atas seorang penzina wanita, dan didapati penzina itu sedang nifas (baru melahirkan anak). Lalu beliau menangguhkan hukuman berkenaan sehingga wanita itu selesai menjalani masa nifasnya.
Matan Hadis:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ خَطَبَ عَلِيٌّ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَقِيمُوا عَلَى أَرِقَّائِكُمْ الْحَدَّ مَنْ أَحْصَنَ مِنْهُمْ وَمَنْ لَمْ يُحْصِنْ
فَإِنَّ أَمَةً لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَنَتْ فَأَمَرَنِي أَنْ أَجْلِدَهَا فَإِذَا هِيَ حَدِيثُ عَهْدٍ بِنِفَاسٍ فَخَشِيتُ إِنْ أَنَا جَلَدْتُهَا أَنْ أَقْتُلَهَا فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَحْسَنْتَ

صحيح مسلم، سنن الترمذي عن على بن أبي طالب.


Terjemahan Matan Hadis:
Dari Abu Abdurrahman dia berkata, "Ali pernah berkata dalam khutbahnya; "Wahai sekalian manusia, tegakkanlah hukum kepada sahaya kalian, baik yang telah berkahwin atau yang belum berkahwin, sesungguhnya hal ini pernah dialami oleh sahaya perempuan Rasulullah s.a.w. yang berzina, Baginda s.a.w. menyuruhku untuk menyebatnya. Dia (wanita itu) baru saja bernifas (kerana melahirkan anak), maka aku khuatir jika menyebatnya maka dia akan meninggal. Lalu aku khabarkan hal itu kepada Nabi s.a.w., maka Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu telah berbuat baik (menangguhkan perlaksaan had sampai waktu yang sesuai)." (Sahih) (Sahih Muslim)

Sunday 4 September 2011

Doa awal tahun dan akhir tahun

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdo'a untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.

Teguran dan kritikan kepada amalan berdo'a akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-

a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan do'a ini. misalnya dianjurkan membaca do'a ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.

b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat do'a awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan

c. Kedua-dua do'a tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi . Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa do'a ini tidak berasal dari Nabi .

Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi , kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi .

Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi . Berdo'alah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!. WA.

Sekian, wassalam