Tuesday 20 September 2011

Kamu telah berbuat baik!!!

Ia adalah sabdaan Rasullullah s.a.w. kepada Ali Karramallahu Wajhah ketika beliau diarahkan agar melaksanakan hukuman sebat ke atas seorang penzina wanita, dan didapati penzina itu sedang nifas (baru melahirkan anak). Lalu beliau menangguhkan hukuman berkenaan sehingga wanita itu selesai menjalani masa nifasnya.
Matan Hadis:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ خَطَبَ عَلِيٌّ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَقِيمُوا عَلَى أَرِقَّائِكُمْ الْحَدَّ مَنْ أَحْصَنَ مِنْهُمْ وَمَنْ لَمْ يُحْصِنْ
فَإِنَّ أَمَةً لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَنَتْ فَأَمَرَنِي أَنْ أَجْلِدَهَا فَإِذَا هِيَ حَدِيثُ عَهْدٍ بِنِفَاسٍ فَخَشِيتُ إِنْ أَنَا جَلَدْتُهَا أَنْ أَقْتُلَهَا فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَحْسَنْتَ

صحيح مسلم، سنن الترمذي عن على بن أبي طالب.


Terjemahan Matan Hadis:
Dari Abu Abdurrahman dia berkata, "Ali pernah berkata dalam khutbahnya; "Wahai sekalian manusia, tegakkanlah hukum kepada sahaya kalian, baik yang telah berkahwin atau yang belum berkahwin, sesungguhnya hal ini pernah dialami oleh sahaya perempuan Rasulullah s.a.w. yang berzina, Baginda s.a.w. menyuruhku untuk menyebatnya. Dia (wanita itu) baru saja bernifas (kerana melahirkan anak), maka aku khuatir jika menyebatnya maka dia akan meninggal. Lalu aku khabarkan hal itu kepada Nabi s.a.w., maka Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu telah berbuat baik (menangguhkan perlaksaan had sampai waktu yang sesuai)." (Sahih) (Sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment